Tuesday, 16 October 2012

DATUK HARUN DARI KACA MATA DATUK RADUAN MD TAIB

ALLAHYARHAM DATUK SERI HARUN BIN IDRIS LAHIR PADA 22HB DISEMBER 1925. KALAU BELIAU MASIH HIDUP UMURNYA HARI INI IALAH 82 TAHUN

MENYEBUT TENTANG NAMA DATUK SERI HARUN RAMAILAH RAKYAT SELURUH MALAYSIA AMNYA DAN ORANG MELAYU KHASNYA YANG MASIH INGAT JASA BELIAU YANG BANYAK KEPADA AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.

BELIAULAH YANG MENGAMBIL DAYA INISIATIF MENYEDIAKAN TAPAK UNTUK UNVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) DI BANGI SELUAS 1,100 HEKTAR ATAU LEBIH KURANG 2,600 EKAR SEBAGAI TAPAK INDUK UNIVERSITI TERSEBUT. PIHAK UKM HARUS PEKA HAL INI DAN MEMBERIKAN PENGHURMATAN YANG SESUAI KEPADA SEORANG PEMIMPIN MELAYU YANG BANYAK BERJASA DALAM MEREALITIKAN KONSEP UNIVERSITI TERSEBUT.

ORANG MELAYU DAN RAKYAT SELANGOR TENTUNYA MENGENANG JASA BELIAU SEMASA BELIAU MENJADI MENTERI BESAR SELANGOR YANG PALING LAMA DALAM SEJARAH SELANGOR IAITU SELAMA DUA BELAS TAHUN. BELIAU MENJADI MB DARI 1964 SEHINGGA 1976. MB SELANGOR YANG KEDUA LAMANYA BERKHIDMAT IALAH TAN SRI MUHAMMAD BIN HAJI MUHAMMAD TAIB IATU DARI 1986 SEHINGGA 1997 SELAMA SEBELAS TAHUN.

SAYA SENDIRI TELAH DIBANTU OLEH ALLAHYARHAM BILA SAYA INGIN, SELEPAS BERKHIDMAT DI KEMENTERIAN PERTAHANAN (KEMENTAH) SELAMA TIGA TAHUN, MELANJUTKAN PELAJARAN SAYA KE UNIVERSITI SAINS MALAYSIA UNTUK MENGIKUTI IJAZAH SAINS SOSIAL DALAM BIDANG SAINS POLITIK.

SAYA MASIH INGAT LAGI BELIAU TELAH MELULUSKAN BIASISWA KEPADA SAYA BILA SAYA DAN AYAH SAYA PERGI BERJUMPA DENGAN NYA DI PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI(SUK) DI BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD DI KUALA LUMPUR. MASA ITU BANGUNAN SULTAN SULTAN SALLEHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH(SSAS) DI SHAH ALAM MASIH BELUM DIBINA LAGI.

DATUK SERI HARUN MERUPAKAN SEORANG NASIONALIS YANG TULEN TAPI SEBAGAI SEORANG LULUSAN UNDANG-UNDANG, IA SENANTIASA BERGERAK DALAM LENGKUNGAN UNDANG-UNDANG .

WALAUPUN PADA MULANYA BELIAU DI TUDUH MEMULAKAN INSIDEN 13 MEI 1969 TAPI FAKTA-FAKTA SEJARAH KEMUDIANNYA MEMBERSIHKAN NAMA BELIAU.

MENGIKUT TUN HANIF OMAR, PENGARAH CAWANGAN KHAS POLIS MALAYSIA PADA MASA ITU, DAN KEMUDIANNYA DILANTIK SEBAGAI KETUA POLIS NEGARA, BELIAU TELAH DI TUGASKAN OLEH TUN ABDUL RAZAK DAN TUN DR ISMAIL BERSAMA TUN TAN TAN SIEW SIN DAN TUN SAMBANTHAN UNTUK MENYISAT MENGENAI BERITA ANGIN YANG MENGATAKAN BAHWA DATUK SERI HARUN LAH YANG BERTANGGUNGJAWAB BERLAKUNYA PERISTIWA 13 MEI 1969.

TUN DR ISMAIL SECARA PERIBADI TELAH MENUDUH DATUK SERI HARUN YANG MERANCANG PEMBUNUHAN RAMAI ORANG CINA DAN INDIA DAN SEDANG MASA ITU BERFIKIR UNTUK MENANGKAPNYA.

PAGI TERSEBUT, MENGIKUT TUN HANIF LAGI, DATUK SERI HARUN TELAH MENERIMA SATU PANGGILAN TALIPON DARI PEMIMPIN GERAKAN SELANGOR, DR TAN CHEE KOON YANG MEMBERI TAHUNYA BAHAWA GERAKAN AKAN MENYOKONG PENUBUHAN KERAJAAN BARU NEGERI SELANGOR DIBAWAH KEPIMPINAN DATO SERI HARUN SEBAGAI MENTERI BESAR .

JADI DENGAN SOKONGAN YANG DIBERI OLEH PARTI GERAKAN, PERSOALANNYA APAKAH DATUK SERI HARUN AKAN MEMBUAT SEBARANG KACAU BILAU. SEBAGAI MENTERI BESAR, PRIORIT BELIAU IALAH MENUBUHKAN KERAJAAN BARU UNTUK NEGERI SELANGOR SELEPAS PILIHANRAYA UMUM 1969.

JADI FAKTA SEJARAH ADALAH JELAS BAHWA TERCETUSNYA PERISTIWA 13 MEI BUKANLAH DIDALANGI OLEH SESIAPA. IA ADALAH REAKSI ORANG MELAYU KEPADA PROVOKASI PADA 12 MEI 1969 OLEH PENYOKONG-PENYOKONG PARTI PEMBANGKANG SEPERTI DAP, GERAKAN DAN BARISAN SOSIALIS BILA MEREKA MENANG SAMA BANYAK DENGAN PERIKATAN DI SELANGOR PADA PILIHANRAYA UMUM YANG DIADAKAN PADA 11 MEI 1969.

PERLAKUAN PENYOKONG-PENYOKONG PEMBANGKANG ITU BEGITU JIJIK DAN MENJELIKKAN ORANG MELAYU. IA MENIMBULKAN KEMARAHAN YANG AMAT SANGAT DI SUBCONCIOUSE SETIAP ORANG MELAYU KHAS DAN MASYARAKAT MELAYU AMNYA. SEPATUTNYA SEBAGAI SEORANG MELAYU TUN DR ISMAIL MESTILAH PEKA HAL INI WALAUPUN KITA TAHU IBU BELIAU ADALAH SEORANG CINA MUAALAF.

PERASAAN YANG MEMBARA INI MEMERLUKAN SEDIKIT SAJA ASBAB UNTUK MENJADIKANNYA MELETUP BESAR DAN LUAS. BAK KATA ORANG INGGERIS "THE LAST STRAW THAT BREAKS THE CAMEL'S BACK". DALAM HAL INI ASJABNYA IALAH TERSIBAR DENGAN MELUASNYA BERITA YANG PERARAKAN PENYOKONG PERIKATAN/UMNO TELAH DISERANG OLEH KAUM CINA DI SETAPAK.

PENYOKONG PERIKATAN DAN UMNO YANG MULANYA BERKUMPUL DI HADAPAN RUMAH RESMI MB HANYALAH SEBAGAI SIMBOL REAKSI TIDAK PUAS HATI UNTUK MENUNJUKKAN KEMARAHAN ORANG MELAYU KEATAS PERLAKUAN PARTI PEMBANGKANG PADA HARI SEBELUMNYA (12 MEI) .

SETELAH TERSIBARNYA DENGAN MELUAS BERITA ORANG MELAYU DISERANG DI SETAPAK, KUMPULAN MAKNUSIA MELAYU ITU MULA BERGERAK DENGAN SENDIRINYA DAN TANPA APA-APA PIMPINAN DISEBABKAN PERAAN KEMARAHAN YANG AMAT SANGAT DI KALANGAN ORANG MELAYU. APA YANG BERLAKU KEMUDIAN ADALAH SEJARAH YANG PENTING DALAM NEGARA KITA YANG MEMBAWA KEPADA BANYAK IMPLIKASI DAN PERTUKARAN APPROACH.

DATO SERI HARUN TELAH BANYAK MENABURKAN JASA KEPADA NEGERI DAN RAKYAT SELANGOR DAN POLITIK NASIONAL DALAM PERANANNYA SEBAGAI KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA.

NAMUM BEGITU NEGERI SELANGOR DAN NEGARA MALAYSIA BELUM ATAU MASIAH TIDAK MENUNJUKKAN DAN MEMBERIKAN APA-APA PERINGATAN YANG SETIMPAL DENGAN JASA-JASANYA. SEDANGKAN PEMIMPIN YANG BOLEH DIPERTIKAIKAN JASA MEREKA DIBERIKAN PENGHORMATAN YANG TINGGI.

ALLAHYARHAM SEPATUTNYA DISEMADIKAN DI TANAH PERKUBURAN PAHLAWAN DI MESJID NEGARA BERSAMA-SAMA RAKAN SEPERJUANGANNYA SEPERTI ALLAHYARHAM TAN SRI SYED JAAFAR ALBAR, DAN LAIN-LAIN PEMIMPIN.

KEDUANYA KERAJAAN NEGERI SELANGOR HARUSLAH MENDIRIKAN SEBUAH MEMORIAL MEPERINGATI JASA-JASA BELIAU KEPADA SELANGOR DAN KEPADA AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.

ALFATIHAH!

Tuesday, 9 October 2012

MB KELAPAN


Dato' Harun Idris (22 Disember 1925 – 19 Oktober 2003) ialah Menteri Besar Selangor yang kelapan yang merupakan ahli politik dan pejuang Melayu yang terkenal terutamanya di negeri Selangor. Di samping itu, beliau adalah tokoh sukan yang penting dalam arena bola sepak bagi negeri Selangor dan juga Malaysia.

[sunting]
Dilahirkan di
 Petaling, Selangor, abangnya Datuk Hj. Raja Kamaruddin bin Idris juga telah menjadi Menteri Besar Terengganu.

Harun mula bekerja dengan Perkhidmatan Pentadbiran Melayu pada tahun 1948. Pada tahun 1953, beliau belajar undang-undang di Middle TempleLondonUnited Kingdom. Apabila Harun tamat pengajiannya dua tahun kemudian, beliau pulang ke Malaysia dan meneruskan khidmatnya dalam kerajaan sehingga mencapai pangkat tertingginya sebagai Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri Selangor.

[sunting]

Beliau mula berjuang untuk kemerdekaan Malaysia pada awal 1950-an apabila menyertai Persatuan Selangor Malaysia. Oleh sebab minatnya yang mendalam dalam bidang politik, beliau meletak jawatan sebagai Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri Selangor pada Mac 1964 untuk bertanding dalam Pilihan raya umum Malaysia 1964 di DUN Morib.
Harun berjaya memenangi kerusi di daerah Morib dan dilantik sebagai Menteri Besar Selangor, suatu jawatan yang dipegangnya selama lebih satu dekad. Semasa beliau berkuasa, negeri Selangor telah mencapai banyak perubahan. Sebagai ahli pemuda UMNO, beliau telah cuba membela nasib rakyat Melayu, terutamanya di kawasan bandar.

[sunting]

Antara ujian Harun yang paling getir ialah ketika Peristiwa 13 Mei 1969 terjadi. Rusuhan orang Melayu dan pembunuhan di Kampung Baru, Kuala Lumpur dikatakan terjadi bermula dari Rumah Menteri Besar Selangor yang terletak di hujung Jalan Raja Muda Abdul Aziz.
Walaupun begitu, tragedi 13 Mei 1969 telah memberi kesempatan kepada Harun untuk menarik ribuan keluarga ke Kuala Lumpur dan mereka dibenarkan mendirikan rumah setinggan di sekitar bandar Kuala LumpurPetaling Jaya dan beberapa kawasan lain. Di samping itu Kerajaan Selangor telah meluluskan beribu - ribu tapak rumah kepada setinggan - setinggan di sekitar Petaling JayaAmpang , Ulu Kelang yang meliputi kampung Datuk Keramat.

[sunting]

Dalam Perhimpunan Agung Pemuda UMNO pada 21-22 Januari 1971 di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka, Harun Idris terpilih sebagai Ketua Pemuda UMNO ke-5. Slogan pemuda ditukar dari Pemuda Tahan Lasak kepada Pemuda Pelopor Pembangunan dan menjadi kumpulan pendesak yang aktif. Sepanjang tahun 1971-1972, Pemuda menekankan penglibatan orang Melayu dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB).Pemuda menuntut keseimbangan pekerja antara kaum dalam KWSP,MAS dan SIRIM.
Harun berjaya membawa masuk semula Dr Mahathir Mohamad ke dalam UMNO yang dipecat selepas 13 Mei 1969.
Pada 1976 ,Harun dipecat dari UMNO kerana enggan meletak jawatan dalam UMNO ekoran beberapa tuduhan rasuah terhadapnya.

[sunting]

Harun Idris dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun setelah didapati bersalah menerima rasuah sebanyak RM250,000 dari Hong Kong and Shanghai Banking Corporation.Beliau dijatuhkan hukuman penjara sebanyak 6 bulan lagi setelah didapati bersalah menyalahgunakan wang Bank Kerjasama Rakyat sebanyak RM8 juta.Beliau ketika itu adalah Pengerusi Bank Rakyat . Kertas putih mengenai masalah Bank Rakyat dikeluarkan pada 1979.
Banglo mewah “hacienda” milik beliau yang dinamakan Tanamera terletak di KuangSelangor. Banglo itu terletak di sebuah estet yang mempunyai padang polo dan beberapa ekor kuda.
Harun dipersalahkan kerana tuduhan rasuah berkaitan dengan Bank Rakyat. Pada tahun 1975, perlawanan tinju antarabangsa diadakan diKuala Lumpur antara Muhammad Ali dari Amerika Syarikat dengan Joe Bugner dari Britain. Pertandingan ini tidak mendatangkan keuntungan, sebaliknya menyebabkan beliau dibicarakan dan dihukum penjara selama 8 tahun.
Pada 1 Mac 1977, Harun dipenjarakan di Penjara Pudu selama tiga setengah tahun, iaitu selepas menjalani setengah daripada hukumannya yang sepatutnya tamat pada tahun 1984. Beliau dibebaskan pada tahun 1981 selepas Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-4.
Harun dipenjarakan kerana Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, seorang yang tegas dan memegang prinsip undang-undang.[perlu rujukan] Ketika itu pengerusi Biro Siasatan Negara (BSN)/ BPR / SPRM ialah Tan Sri Harun Hashim - juga seorang yang tegas. Penyokong Harun meminta jasa baik Tunku Abdul Rahman agar Harun dibebaskan. Sebenarnya pada 1969, Harun telah memalukan Tunku kerana tidak berjaya membela orang Melayu sehingga terjadi Peristiwa 1969 itu[perlu rujukan]. Tunku menasihati Harun menerima hukuman itu dan kemudian membuat rayuan.[perlu rujukan] Rayuan dikemukakan kepada Tun Hussein selaku Perdana Menteri, tetapi rayuannya ditolak.

[sunting]

Pertuan Agong Malaysia Sultan Haji Ahmad Shah mengadakan Persidangan Lembaga Pengampunan. Laporan dari penjara dan jasa-jasa Harun dipertimbangkan. Pada 1 Ogos 1981, Harun dibebaskan oleh Lembaga Pengampunan. Maka pada 31 Ogos 1981, Sultan Ahmad Shah memberi pengampunan kepada Harun sempena Jubli Perak Merdeka.
Harun dipilih sebagai Naib Presiden UMNO, kedudukan ke-3 dalam hierarki UMNO pada tahun 1981.

[sunting]

Apabila UMNO diharamkan pada 1988 akibat bantahan UMNO 11, Harun Idris menyertai Parti Semangat 46. Beliau berkempen di seluruh negara agar orang Melayu menyertai Semangat 46. Harun turut berkempen di TasekIpohPerak . Apabila pilihan raya kecil Ampang Jayadiadakan pada 1989, Harun Idris bertanding di Ampang JayaBarisan Nasional / MCA diwakili oleh Ong Tee Keat, satu tokoh baru dari MCA yang petah berbahasa Melayu. Ramai pemimpin PAS seperti Mohamad Sabu berkempen di Kampung Ampang Campuran , Ampang Jaya. Malangnya Harun Idris tewas kerana ketokohannya sebagai pejuang Melayu 13 Mei telah luntur. Pengundi Cina masih ingat akan peranan beliau semasa 13 Mei.

[sunting]

Sebelum mengorak langkah dalam arena politik, Harun telah menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) selama 18 tahun mulai daripada tahun 1961. Beliau merupakan peneraju utama dalam menghimpunkan pasukan bola sepak yang terbaik yang telah memenangi Piala Malaysia selama beberapa tahun. Harun kemudiannya digantikan oleh anaknya, Mazlan Harun.
Pada 1972, Harun telah dilantik sebagai ketua perwakilan untuk kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik MunichJerman. Lebih sedekad selepas itu, iaitu pada 1984, beliau diberi penghormatan sekali lagi apabila dilantik sebagai Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM). Selain daripada bola sepak, beliau sangat aktif dalam sukan golf dan pernah menjadi presiden Persatuan Pemain-pemain Golf Profesional Malaysia (MPGA) antara 1984 hingga 1989.
Namun begitu, keghairahannya dalam mempromosikan sukan telah membawa kepada kejatuhannya. Pada tahun 1975, Harun telah menganjurkan suatu perlawanan tinju bertaraf antarabangsa antara Muhammad Ali dengan Joe Bugner. Walaupun perlawanan ini telah meletakkan Malaysia sebagai sebuah arena sukan antarabangsa, beliau kemudiannya disabitkan bersalah kerana rasuah. Perbuatan rasuah itu disebabkan oleh tekanannya untuk membiayai kerugian yang amat besar daripada penganjuran perlawanan tinju tersebut.

[sunting]

Beliau meninggal ketika berusia 78 tahun di sebuah lagi banglo miliknya di Taman Duta.[1]